Sunday, April 10, 2011

Water Filter





BAGAIMANA TEKNOLOGI NANO NATURE WATER FILTER SYSTEM BERFUNGSI?

PERINGKAT 1: TAPIS

Penapis NanoCeram yang berpaten

Menyediakan luas permukaan sebanyak 3-4 kali ganda berbanding penapis tidak berlipat yang biasa.

  • Lebih tinggi keupayaan memerangkap kotoran
  • Lebih tinggi kadar aliran air

Caj elektropositif pada NanoCeram mampu memerangkap bahan-bahan cemar submikron seperti bakteria dan virus yang mampu melepasi jenis-jenis penapis biasa.

  • Menapis sehingga 99.9999% bakteria dengan berkesan
  • Menapis sehingga 99.99% virus

Fiber alumnia bersaiz nano dengan diameter berukuran 2 nanometer (200,000 KALI LEBIH NIPIS DARIPADA RAMBUT).

  • Memerangkap kotoran yang sangat halus dengan berkesan
  • Menyingkirkan partikel yang menghalang aliran air

PERINGKAT 2: TULEN

Penapis blok karbon teraktif berketumpatan tinggi

Penapis karbon merupakan blok pepejal berbentuk silinder yang mempunyai berjuta-juta rongga karbon yang sangat rapat. Struktur kompleks ini mampu menapis air yang mengandungi bahan cemar yang sangat halus tanpa henti (kesannya berbeza dengan penapis granul karbon yang membenarkan air mengalir melaluinya tanpa halangan)

  • Terbukti mampu menyingkirkan 158 jenis bahan-bahan cemar (prestasi paling cemerlang setakat ini), termasuk bahan kimia organik dan bukan organik, logam beratm klorin, bau busuk dan parasit bawaan air
  • Tidak menyingkirkan pelbagai mineral penting yang sedia wujud dalam air (contohnya zink, 3+kalsium, magnesium dan zat besi)
  • Mengandungi lebih banyak karbon (ketebalan 1-1.5 inci) berbanding produk saingan yang lain
  • Menjernih dan menyedapkan rasa air
  • Tidak menghalang kadar aliran air

PERINGKAT 3: TAMBAH

Tangki Penambah Mineral Bakuhan

  1. Bakuhan ialah sejenis batu gunung berapi yang padat dengan mineral dan hanya didapati di Jepun. Ia merupakan satu-satunya mineral yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Jepun sebagai memiliki ciri-ciri teraputik semulajadi
  2. Tangki berfungsi menambahkan 19 jenis mineral bermanfaat ke adalam air
  3. Meningkatkan kealkalian air-air beralkali mampu menyeimbangkan keasidan tubuh (tahap keasidan yang tinggi punca kepelbagaian penyakit)
  4. Mineral-mineral bermanfaat dari tangki Penambah Mineral:
  • Silikon, aluminum, besi, kalium, sodium, titanium, kalsium, magnesium, barium, zink, fosforus, mangan, Zirkonium, kuprum, torium, vanadium, strontium dan Ytrium.


SOALAN-SOALAN LAZIM

S: Apakah langkah-langkah penyelenggaraan sistem ini?

J: Anda hanya perlu menukarkan katrij penapis setahun sekali atau setelah penapisan 5,000 liter air, mengikut mana yang terdahulu. Untuk memperoleh manfaat optimum, anda disyorkan untuk menggantikan Blok Penambah Mineral setiap 6 bulan.

S: Adakah penyelenggaraan berkala yang dijalankan?

J: Unit ini serba lengkap dengan bilangan komponen yang sedikit. Sekiranya katrij ditukar tepat pada masanya, seperti yang dinyatakan pada panel LED, maka penyelenggaraan yang lain tidak perlu dijalankan.

S: Berapa lamakan bateri mampu bertahan?

J: Bateri telah diuji dan terbukti mampu berfungsi sehigga tamatnya jangka hayat katrij. Bagaimanapun, anda disyorkan untuk menukar bateri ketika penapis karbon ditukar bagi mengelakkan bateri daripada kehabisan tenaga sebelum tamatnya jangka hayat katrij berikutnya

S: Adakah jaminan diberi dan berapa lamakah tempoh jaminan?

J: Tempoh jaminan satu tahunn diberi bermula dari tarikh pembelian dari pusat Perniagaan Tupperware Brands.

S: Adakah komponen Sistem Nano Nature boleh didapati dengan mudah?

J: Ya, kebanyakan komponennya boleh didapati dengan mudah. Anda boleh berhubung dengan Pusat Perniagaan Tupperware Brands.

S: Adakah ia bersesuain dengan semua jenis kepala paip?

J: Ia boleh dipasang pada kebanyakan kepala paip biasa, melainkan muncung kepala paip berbentuk segi empat.

S: Di dalam pasaran, terdapat banyak sistem penapisan yang masing-masing memberi dakwaan yang berlainan. APAKAH KELEBIHAN SISTEM NANO NATURE?

J: Memang terdapat pelbagai sistem penapisan yang memberi dakwaan berbeza-beza, namun dakwaan tersebut harus disokong oleh bukti yang saintifik. Bagaimanapun, kebanyakan tidak mempunyai data saintifik yang sah. Kebanyakan dakwaan bagi penapis tidak diuji dan diperakui.

TUPPERWARE NANO NATURE WATER FILTRATION SYSTEM MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SEPENUHNYA DARI NSF DAN WQA – BUKAN SAHAJA TERHADAP KOMPONEN TETAPI JUGA TERHADAP DAKWAAN KEBERKESANAN. INI BERMAKSUD SISTEM PENAPISAN DI DALAM PASARAN HANYA MENDAPAT PENGESAHAN TERHADAP KOMPONEN-KOMPONEN TERTENTU SAHAJA, BUKANNYA TERHADAP DAKWAAN KEBERKESANAN PRODUK.

S: Jika sistem ini digunakan oleh seorang pengguna atau jarang dipakai di rumah, bolehkah ia berfungsi melebihi setahun tanpa penukaran penapis?

J: Meter pada unit ini akan mengingatkan anda supaya menukar penapis selepas 1 tahun walaupun kadar penggunaannya rendah. Penapis ini tidak disyorkan untuk penggunaan melebihi tempohnya kerana ia telah diuji mampu menapis 5,000 liter air atau selama 1 tahun bergantung kepada mana yang terdahulu.

S: Sekiranya kita mendidihkan air tapisan, adakah kita masih memperoleh khasiat mineral yang terkandung dalam air tersebut?

J: Ya, Bila dididih, hanya air yang akan mengeluwap, manakala kandungan mineralnya tidak terjejas.

S: Bagaimanakah Sistem Nano Nature Tupperware mampu nenyingkirkan 158 jenis bahan cemar namun masih membenarkan pelbagai mineral penting mengalir melaluinya?

J: Ya, mineral penting ternyata boleh mengalir melaluinya. Sistem Nano Nature telah diuji dan terbukti tidak akan menyingkirkan bahan-bahan mineral dalam air.

No comments:

Post a Comment